Monday 20 June 2016

Surah Al-Baqarah (75~78)



Juz:1,Surah:2.
Surah 2, Ayat 75~78:
Ringkasan tafsir;
Ayat 75; Allah soal Nabi Muhamad, bahawa apakah kamu masih mengharap agar kaum Bani Israel akan percaya kepada kamu dengan seruan agama yang kamu sampaikan kepada kaum Yahudi ? sedangkan mereka sudah mendengar perkataan Allah dalam Taurat kemudian mereka mengubahnya. Apakah kamu masih mengharapkan mereka akan beriman dengan kitab Quran ? 


Ayat 76; Adalah jelas bahawa kaum Yahudi akan beriman dengan seruan Allah dihadapan Nabi Muhamad, tapi apabila mereka kembali kepada kaum nya, mereka menyesal menceritakan kebenaran seruan Nabi Muhamad yang telah tertulis dalam kitab Taurat. 

Ayat 77~78; Tidak kah bahawa Allah mengetahui  apa-apa yang ahli kitab kaum Yahudi telah sembunyikan perkara yang benar, dan menceritakan apa-apa yang mereka nyatakan perkara bohong & dongeng belaka kepada kaumnya yang buta huruf yang tidak tahu isi kandungan dalam Taurat.  Dan kemudian Allah memberi amaran keras kepada mereka ...... 1.2.79. 



Ayat-ayat diatas adalah merupakan sindiran bertubi-tubi kepada kaum Yahudi, yang mana kiasan tamsil ini juga ditujukan kepda umat Nabi Muhamad, ibarat kata  “pukul anak sindir menentu”.  Oleh itu Quran menyuruh manusia supaya belajar dan mencari ilmu pengetahuan agar tidak khayal dan kurafat yang akan disampaikan oleh para cerdik pandai seperti contoh ahli kitab kaum Yahudi yang menceritakan cerita tidak benar kepada kaumnya. 


[Previous] [Next

Sumber,
Terjemahan (1.2.71~80);
 [GS]
https://t.co/auowD5I3V3
Ulasan (1.2);
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr  
Pautan

.